Stay in touch
Subscribe to our RSS!
Oh c'mon
Bookmark us!
Have a question?
Get an answer!

Thursday, December 15, 2011

Sinopsis - Soul Pair

0 Otaku

Assalamualaikum

*klik untuk tumbesaran..

Nama : Soul Pair(Tamashi no Pea)

Kejadian itu, kejadian itu yang meragut segala kebahagiaannya. Dia, Teito Hiyari, dulu seorang periang dan suka tersenyum menjadi seorang yang pemurung dan jarang tersenyum. Hanya kawan baiknya sahaja yang boleh membuatkan dia tersenyum. 

8 tahun sudah berlalu, daripada kecil dia menjadi seorang remaja. Dia meneruskan hidupnya seperti biasa. Tetapi suatu hari, dia terdengar perbualan antara pembantu setianya(Ijou-san) dan seorang detective, yang kemungkinan kecil kakaknya masih hidup cuma tidak diketahui dimana berada. Teito merasakan hidupnya seperti ada sedikit harapan. Dia mengumpulkan semangat untuk terus mencari kakaknya, hasrat itu dirahsiakan kepada sesiapa kecuali pembantu dan kawan baiknya.

Apakah yang akan dilakukan oleh Teito? Macam manakah dia hendak memulakan misinya? Teito Hiyari, kisah kehidupannya yang akan diungkap disini...

Genre : Drama , Supernatural , Adventure and Slice of Life

*Cerita ni saya tak buat cintan-cintun yer! ^^ Selamat membaca! 

Assalamualaikum

0 Otaku: